Arnab Tanpa Telinga Lahir Dekat Fukushima






Seekor arnab yang dilahirkan tanpa telinga berhampiran stesen janakuasa nuklear Fukushima Dai-Ichi menimbulkan keresahan di seluruh Jepun tentang kadar radiasi yang dilepaskan di udara sejak 11 Mac.

Arnab tersebut dilahirkan pada 7 Mei.

Pemiliknya dikenali sebagai Yuko Sugimoto yang tinggal di bandar yang dikenali sebagai Namie 18 batu dari kawasan stesen tersebut.

Bandar berkenaan diklasifikasikan sebagai antara bandar yang paling terdedah dengan radiasi.

“Saya memelihara arnab untuk tempoh 10 tahun dan inilah pertama kali perkara seperti ini berlaku,” kata Sugimoto kepada majalah mingguan, Flash.

Bukan juga arnab tersebut tidak mempunyai telinga, ianya juga didapati mempunyai tanda-tanda albino – berbulu putih dan mata merah – yang dijangkakan akibat daripada mutasi terhadap beberapa gen.

Namun, arnab tersebut kelihatan sihat, dan video yang dipaparkan di YouTube menunjukkan binatang tersebut sedang memakan sayuran di dalam sangkar.

Bagaimanapun pemilik arnab tersebut mendakwa ia enggan memakan makanan yang dihasilkan di kawasan tersebut.

Beberapa orang pakar menafikan hubungan antara arnab yang cacat dengan radiasi yang dilepaskan setelah Jepun dilanda tsunami pada 11 Mac dan memusnahkan stesen janakuasa nuklear tersebut.

Antara pendapat yang disuarakan ialah kadangkala haiwan memang akan dilahirkan dengan kecacatan dan mungkin ibu arnab tersebut sendiri memakan telinga arnab itu akibat daripada pembersihan yang terlalu kasar.

Imej yang disiarkan telah mangakibatkan keresahan di Jepun.

Ini pula diikuti pula dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh Tokyo Electric Power Co. yang menyatakan bahawa kadar paras radioaktif strontium 240 kali lebih tinggi berbanding kadar normal telah dikesan melalui sampel air laut yang diambil berdekatan dengan kawasan stesen janakuasa tersebut, 150 batu utara Tokyo.

Strontium, yang boleh berkumpul di bahagian tulang, sering dikaitkan dengan penyakit seperti kanser tulang dan leukemia, turut dijumpai di kawasan air berdekatan dengan dua stesen yang telah musnah.

Sebelum itu, Tepco telah mengesahkan bahawa terdapat kesan-kesan plutonium dan radioaktif iodin yang telah dilepaskan ke udara dari stesen tersebut.

Walaupun berada di luar kawasan berbahaya, pegawai kerajaan pada awal bulan Mei berkata bhawa mereka menjumpai 1,500 strontium per kilogram pada sampel tanah.



0 pucuk surat:

 

Followers