Namun , apa yang kita dengar terlalu banyak ancaman dari tuan rumah musim ini . Bukanlah untuk melepar fitnah atau memandang serong terhadap mana - mana pihak . Tetapi jelas lagi terang kontijen kita mendapat beberapa tentangan dari pihak penganjur .
Kelemahan pihak penganjur yang tidak menitik beratkan beberapa keadaan menyebabkan beberapa kecelaruan . Penyambung bekalan elektrik yang tiba - tiba terputus membawa masalah kepada beberapa negara seperti Thailand , Myanmar dan Filipina semasa wartawan masing - masing sedang memberi laporan kepada pemberita .
Bendera bukan setakat kain yang berkibar . Jalur Bendera Malaysia sememangnya tidak lekang dari negara - negara lain yang sememangnya ada hubungan diplomatik dengan serantau . Tapi apa pula pihak penganjur menyalah tafsirkan bendera kita ? yang tidak cukup 13jalur ? Pasti pihak penganjur mengalami masalah mata yang tidak nampak jalur putih akhir . Malah , pihak penganjur menghalau pihak Malaysia apabila ingin perbetulkan jalur Gemilang . Bendera itu MARUAH !
Apa pula yang terjadi dengan kontijen Harimau Muda menentang Garuda ? Apa pula yang telah berlaku apabila Ong Kim Swee dihalau keluar padang daripada para pengadil dan dihalang apabila ingin meraikan kejayaan ? Dan mengapa pula Malaysia dihalang duduk secara berkumpulan ?
Agak kelakar apabila Garuda cuba memegang watak pelakon sinetron di padang . Setiap saat Garuda Muda memainkan peranan sebagai pengemis padang meminta simpati daripada pengadil yang berat sebelah .
Kami Harimau Muda tidak gerun dengan Garuda import ! Walaupun Izzat terpaksa menggunakan 'tongkat' akibat asakan Garuda yang tidak 'siuman' .
0 pucuk surat:
Post a Comment