Assalamaualaikum w.b.t
'Walau setinggi mana pun awak berada sejauh mana awak berada jangan tinggal solat. Setitik tompok hitam di hati awak maka kemusnahan hati awak terlalu nipis untuk menyisihnya. Jangan lah awak kata iman awak tebal. Sesungguhnya iman senipis kulit bawang. Takde nya iman setebal kulit durian'. Seloroh Encik Fadzil sambil memberi nasihat kepada aku. Aku tersenyum mendengarnya. Encik Fadzil merupakan seorang pegawai di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.
Masih lagi segar dalam ingatan ini bila abang manyatakan hasratnya untuk terus bekerja selepas tamat TIngkatan 6. Mutiara jernih jelas bergenang di matanya. Cuba bertahan.
Hari ini aku nekad untuk sambung belajar. Ingin aku bantu keluarga aku kelak. Cuti 6bulan ini, aku harus mencari rezeki untuk keperluan dapur dan yuran nanti. Aku mengambil keputusan untuk mengasah bakat yang sedia ada. Melukis potret live di kawasan peranginan yang menjadi tumpuan orang ramai.
Saban hari sebelum aku melangkah keluar mama akan menghulur bekal untuk aku dan adik. Doa ku iring bersama. Aku percaya Allah telah mengatur yang terbaik buat aku. Rezeki Allah ada dimana-mana. Terima kasih dik memahami situasi keluarga kita sedangkan kau masih mentah. Sebelum Maghrib melabuh tirai kami mula berkemas untuk pulang. Pesan mama jangan pulang lewat. Balik sebelum Maghrib.
Bila sampai di halaman, kelihatan wajah sugul mama menanti di sebalik daun pintu. Perkakas 'nyawa' ku disambut. Usahlah kau khuatir, anakmu pulang dengan selamat.
<< bersambung.. >>
0 pucuk surat:
Post a Comment