Bersabarlah Aneng !

' Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah. Dia juga mahu kita bergantung harap kepada-Nya. Aneng, di kala hati mu mendung bagaikan awan yang berat dengan titisan-titisan air, yakinlah ada cahaya mentari yang akan menyinari hidupmu selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. '


*     *     *     *     *


Pagi semalam aku kuatkan diri untuk menduduki peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Terus terang aku katakan, aku langsung tidak mengulangkaji. Tambahan pula aku sekarang masih dalam keadaan panik dengan kejadian semalam menyebabkan aku tidak dapat fokus dalam sebarang hal. Aku berterima kasih kepada Mohd Nur Shahrizam, kawan baik ku yang sentiasa berada di sisi walaupuan dia seorang yang cepat berang. Dia lah yang beri aku kekuatan untuk buat laporan di balai polis gara - gara kes pukau semalam. Aku hanya mendoakan kesejahteraan ku semoga aku dilindungi oleh-Nya dari sebarang fitnah dan malapetaka. Aku bersyukur aku masih lagi tidak diperlakukan perkara buruk meskipun aku hanya mengalami kerugian wang ringgit sahaja. Aku selamat sudah memadai.



Zam mengajak aku untuk keluar bersama rakan nya yang lain. Pada awal aku menolak. Memandangkan perut ku sudah tidak tahan menahan dari terus kosong aku bersetuju. Kami terus menuju ke Concorde Hotel, Kuala Lumpur. Aku dikenalkan oleh zam kepada tiga rakan nya, En. Jaleel, En. Lan dan En.  dari Johor. Mereka akan berada di KL selama beberapa hari atas urusan kerja. Pada awal perkenalan kami aku banyak mendiamkan diri. Mungkin kerana keadaan aku yang tidak berapa sihat. Lama kelamaan aku semakin riuh. Ralit berkongsi dan bercerita tentang dunia seni. 

Aku juga diperkenalkan kawan - kawan sekerja mereka dari AMPM yang lain, Nony, Hajar & Idham. Mereka amat mesra dan aku selesa dengan mereka. Bos mereka Tuan Hj. Nizam juga mesra dengan aku. Beliau mempelawa aku untuk makan bersama di Mandarin Oriental Hotel di Ibu Kota, Kuala Lumpur. Dengan bertopik kan Seni sebagai 'pembuka selera' untuk kami mula berbicara dimana beliau mula menceritakan tentang isteri nya di Kota Paris. Kebetulan aku pernah menjejakkan kaki ke sana, kami bertukar pengalaman dan cerita. 'Terima kasih Ya Allah atas pertemuan dan perkenalan ini. Sifat takut aku sedikit demi sedikit mula gugur dari hati'.


Dari kanan gambar : En. Ujang (bukan nama sebenar), En. Lan, Hajar, Idham, En. (lupa nama beliau), Nony, aku (Aneng Hitchies), Tuan Hj. Nizam dan En. Jaleel (oh, abg pendek!)

Maafkan diri ini andai lidah menutur kata yang kurang sopan tanpa sedar atau tidak. Harap berjumpa lagi di kemudian hari. Hang pa semua TERBAIK !


Luhan hati,
Aneng Si Pelukis



1 pucuk surat:

Anonymous

bersabarlah.. awk adalah insan yang hebat sebenarnya..

 

Followers