Ilham dari Thailand

Assalamualaikum w.b.t ,

Salam 5 Rejab kepada semua warga blogger tidak kira anda datang menyinggah atau tidak. Sudah agak lama Aneng tidak aktif dalam dunia blog. Memandangkan kerja di office pun tidak banyak, Aneng rasa ia nya tidak mengganggu ruang dan waktu Aneng untuk ber'blogger'.

Baru - baru ini Aneng bersama abang ke Thailand. Tidak terpikir pun untuk sampai ke sana. Memandangkan semua gerai dan kedai makan di Malaysia tutup kerana hari PRU13, secara tak sengaja kami masuk ke Thailand. Bukanlah malas untuk masak di rumah tetapi bahan mentah langsung tiada. Teruk kan? Apabila kami ke sana, saya amat lah kagum dengan usaha anak muda dan bangsa di sana. Semuanya mula berjinak dalam perniagaan tidak kira perniagaan kecil atau besar. Malah ada yang berniaga di susur - susur sungai di mana perniagaannya berlangsung dalam sampan kecil. Hati ku terdetik. Gaya hidup orang di sana banyak membuka minda dan mata aku.


Seminggu selepas itu, kawan aku bertanya tentang perniagaan kecil. Dia ingin borong pakaian secara pukal. Dimintanya pendapat aku. Pada awalnya aku tak ingin memberi sebarang pendapat kerana aku tak nak ada lagi apa - apa urusan berkaitan dengan tunangnya. Tetapi hati aku tersangat lemah kerana tak sanggup lagi melihat  insan seorang kawan merayu. Lalu, ku bawanya ke Sempadan Thailand. Niat aku hanya untuk menolong nya supaya senang bila saat ku tiada lagi, dia boleh ke tempat-tempat berikut. Sepanjang aku menemaninya, aku boleh merasai suasana tawar menawar jual beli. Berfikir aku sejenak.

Dua hari kemudian, terlintas di benak fikiran ku untuk berniaga sambilan secara online. Meskipun aku seorang pelukis jalanan dan merupakan seorang jurutera di Jabatan Kerja Raya sudah memadai untuk menampung hidup namun berniaga secara online tidaklah letih seperti mana aku guna tulang empat kerat ini. Sejurus itu, aku mereka cipta logo ini untuk perkenlaan perniagaan aku nanti.
Aku menggunakan combination warna pastel yang bersesuaian dengan logo atau simbol butik aku. Malah logo ini juga merangkumi perniagaan lukisan aku di mana adanya tagline 'Si Pelukis'. Mohon pendapat kawan-kwan supaya aku boleh perbaiki nya.





0 pucuk surat:

 

Followers