Kebergantungan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari ini genap 9 Ramadhan dan ianya bukanlah alasan bagi aku untuk melambat atau menangguh sesuatu perkara seperti biasa.

'Aku yakin kau pun bersama Tuhan ku.Aku rela saat ini jika harus menghadapmu, jika itu lebih baik.Redha Mu lah yang sentiasa ku harap.'

Entah kenapa hati terlalu gemuruh dua tiga hari ini. Ku capai telefon terus mendail mama sambil hati beristighfar. Pabila ku dengar suara mama di hujung talian ku nangis teresak-esak. Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan seorang ibu yang penyayang. Yang sentiasa ada di sisi ku tiap saat tidak kira tika sedih atau gembira. Pernah ku tanya kepada mama kenapa Allah hilangkan orang yang kita sayang. Lalu pujuk hati seorang ibu terhadap anaknya, "Sebab Allah nak kita belajar untuk bergantung kepadaNya dan tak semua benda kita dapat miliki". Terdiam aku seketika.

Berfikir ku sejenak. Dalam seharian aku banyak bergantung kepada manusia lain. Seriously, sejak pertama kali aku jejak di bandaraya yang sesak (KL) aku sudah mula bergantung kepada teman ku. Mahu ke mana sahaja dia pasti menemani ku. Mahu makan apa sahaja dia yang belikan. Bila aku terasa sulit sedikit pasti aku mencarinya. Namun, itu hanyalah seketika (dalam setahun jugak lah). 'Kehilangan' nya memberi tamparan yang besar kepada ku. Dua minggu ku tangis kehilangannya. Mesej ku tidak dibalas. Panggilan ku tidak dijawab malah dia keluar dari rumah pun tanpa ucap sepatah. 'Kenapa kau berjanji untuk menjaga ku? Kenapa kau berjanji untuk sentiasa bersama ku?'. Desis hati.

Selang beberapa minggu aku pula dirompak dan diculik berdekatan KTM Mid Valley. Ya Allah, besarnya ujian Mu. Aku hanya mampu berdoa supaya tidak diapa-apakan. Fikiran mula kosong. Ku ikut saja arahan mereka. Takut-takut diacunya pula pisau atau senjata lain. Hampir 3jam aku dikurung di dalam sebuah bilik kosong. Aku bernasib baik kerana ditolong oleh salah seorang daripada mereka. Menurutnya, itulah hari pertama dia bekerja yang tidak tahu apa tatakerja asal.

Aku ditemani rakan sekerja (Mamat) untuk buat laporan polis. Dialah pemberi semangat. Dialah yang tolong sediakan rumah baru. Dan dia jua lah yang menolong aku ambil lesen. Hidup ku sudah cukup sempurna dengan pertolongan nya. 'Ya Allah, terima kasih kerana aku masih diberi pertolongan'. Aku terimbas kata-kata mama. 'Allah takkan pernah hilang. Dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang'.

Keesokannya, selepas ujian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) aku mendapat panggilan daripada mereka dan diancam untuk menarik balik report. Kaki mula longlai. Takut! Mamat menenangkan aku. Sejak dari hari itu Mamat sentiasa ada bersama ku. Dia lah yang menjemput dan menghantar ku ke ofis. Terima kasih Mamat!

Namun, persahabatan kami tidak lama. Tunang Mamat marah kami berkawan. Aku tidak menyalahkan sesiapa meskipun Mamat tidak pernah beritahu aku bahawa dia sudah berstatus. Aku fikir ianya perkara normal bila perempuan berasa cemburu. Kini aku dan Mamat mula menjadi musuh. Tidak berani untuk menghubunginya lagi. Takut mendapat tempias Perampas Tunangan Orang.

Hari ini, 2 July 2013, aku wajib hadir ke Mahkamah Jalan Duta untuk sebutan kes. Aku mendapat satu pesanan SMS dari KakLong. Dia menyatakan tidak dapat temani aku kerana hal kerja. Aku mula tidak senang duduk. Meskipun berada di bilik yang tinggi suhu nya namun aku tetap terasa bahangnya. Tanpa berfikir panjang aku upah seseorang untuk dijadikan bodyguard sepanjang kes aku dibicara.

Alhamdulillah. Kes aku hampir selesai. Semoga kemenangan di pihak aku pada 31 July 2013 kelak. Aku mendoakan semoga dipermudah urusan. Ameen~

'Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah. Dia juga mahu kita bergantung harap kepada-Nya. Aneng, di kala hati mu mendung bagaikan awan yang berat dengan titisan-titisan air, yakinlah ada cahaya mentari yang akan menyinari hidupmu selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.

0 pucuk surat:

 

Followers