ada apa dengan Rantai OWL trend sekarang . Baca dulu baru pikir

[ Maafkan aku jika entri ini membuat anda semua terasa hati , aku perlu menegur kerana aku tidak mahu dianggap sekongkol dengan benda ini #aku pun baru sedar ]

Makin jauh aku teroka dunia ini makin takut dan amat merisaukan aku . Aku risau bagaimana negara aku , bangsa aku , yang paling penting agama aku iaitu ISLAM ! Aku risau umat Islam kini keliru dengan dunia mereka sendiri , mereka seolah olah seperti lembu dicucuk tanduk ,

Orang kata

 'Kau pakai nih , fesyen baru rugi kalau tak pakai'
 'Tengok ni loket gambar BURUNG HANTU ni , aku nampak dalam tumblr hari tu comel sangat ! Jom kite beli nak ?'




Inilah masalah orang kita , lawa sikit je ; puji sikit je ; dah cair terus beli , tanpa fikir panjang . Tahukah anda , apa maksud burung hantu ? Memang lawa , memang comel , memang bergaya kalau pakai , memang mudah untuk kita dapat perhatian loket ni tapi sedar tak kita , loket yang kita pakai tu loket siapa ? Maka , hari ini aku akan tunjuk kan pada kalian apa yang ada disebalik loket ini .





Apa semua ni ? pernah dengar nama ini , FREEMASON ? Pernah ? Kalau nak tahu , mereka inilah kaki kaki DAJAL , mereka join angkatan DAJAL AL - MASSIH ni sebab nak HARTA , KAYA , NAMA dan jangan terkejut kebanyakannya semua orang - orang ternama negara kita , nama nama mereka cukup besar serta yang amat sedih sekali mereka ini antaranya ORANG ISLAM !















[KALAU ANDA PERNAH LIHAT SIMBOL ATAU APA JUA BERKAITAN DENGAN INI , DIHARAP ANDA DAPAT JAUHKAN DIRI DARIPADA MEREKA]

Bersusah payah RASULULLAH SAW berhijrah , untuk menyebarkan Islam , mahu manusia ini selamat , mahu umat-nya hidup senang di dunia dan di akhirat tapi kita ? Apa kita buat ? Menjatuhkan maruah agama , sanggup murtad , sanggup bergadai maruah diri , bangsa dan agama . Tahukah anda mereka (pemuja dajal) tersenyum melihat kamu semua bangga dengan loket burung hantu itu , bagi mereka (pemuja dajal) burung hantu sebagai simbol ritual mereka . #Patot lah mak aku marah selama nih

MAJORITI perempuan di negara kita memakai loket ni ketika bersiar - siar dan yang paling menyedihkan mereka memakai loket ini bersetakan tudung , dan sudah teranglah mereka ini ISLAM


Maka kita kena hindar benda ini dari terus berluasa , kita kena peka !
Wahai kaum Adam ! Wahai kaum Hawa ! Bangkit ! 
Kita kena bertindak , kita kena halang semua ini .

Kita PERLU menasihati antara satu sama lain , kita kena PEKA , sebelum kita beli kita tengok dulu fikir dulu . Takut kita tersalah beli . Mereka suka sahaja rancangan mereka berjaya . 

Maka aku sebagai wakil seluruh umah yang ingin menegur tapi takut ada yang kecil hati , kepada semua kaum Hawa atau Adam , berhentilah dari membeli , memakai loket ini , HARAM bagi kita umat Islam memakai barangandari mereka (pemuja dajal , zionis) . Wahai kaum Hawa , tak perlulah kita pakai rantai - rantai ini , bukan cara kita , agama kita tak suruh pun .

Antara SEBAB lain : 

Membuat atau mengukir patung bagi objek yang bernyawa secara lengkap segala anggota tubuh badan dan jisim dan bayang , sama ada ia di alam bentuk manusia atau haiwan adalah berdosa besar .

Perkara ini disandarkan kepada beberapa hadis sahih Rasulullah SAW yang memberi amaran tentang azab seksa yang akan ditimpa kepada mereka yang mengukir patung pada hari kiamat kelak .

Apabila patung- patung tersebut dijadikan perhiasan , maknanya ia dijadikan sebagai sesuatu yang dimuliakan atau ada unsur - unsur penghormatan . Oleh itu , meletakkannya dengan tujuan perhiasan adalah perbuatan haram (berdosa) . Manakala malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat patung . 

SABDA RASULULLAH :

"Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung - patung atau gambar - gambar (sesuatu yang bernyawa"


komen

0 pucuk surat:

 

Followers