1 , 2 , 3 I Love You SaFaNic

Sedikit demi sedikit kau tampil dengan kilaumu merahkan langit. Sampaikan salam hangatmu pagi hari. Dan aku tersenyum disebalik jendela kamarku. Memandang tak berkedip. Keindahan alami yang menakjubkan. Terima kasih telah menyapaku pagi ini.

Ketika kehidupan berkembang dan mengalirkan perubahan demi perubahan, bertambahnya usia menjadikan kita tua. Namun akankah menjadi tua selalu sama dengan menjadi dewasa? Betulkah aku sudah dewasa? Atau aku hanyalah setompok raga yang matang atau tua secara usia?

Pada saat membahas cinta dan aku mengatakan cinta tak harus memiliki atau dikejar. Aku tidak ingin membahas hal ini kerana aku tahu ianya dikaitkan dengan perasaan yang sangat halus dan sensitif. Kadang-kadang aku terfikir sendirian. Apakah 'nikmat' hidup ber'couple'. Pelajar Tingkatan 1 pun sudah mula terjebak dengan aura ini apatah lagi yang masih di bangku sekolah. Apa yang aku lihat pasangan sekarang jauh terpesong dari landasannya. Semuanya nafsu! Ya Allah, andai Engkau telah tetapkan jodohku. Jodohkan aku dengan orang yang kuat imannya supaya dapat membimbing aku menjadi isteri solehah. Amin.

Pesan guru, bila sudah meningkat remaja jangan persiakan masa yang ada. Bila sampainya masa hati akan memberontak ingin cuba sesuatu yang baru. Tidak terkecuali 'hidup berasmara dana'. Aku sering lihat kawan-kawan yang hidup ber'couple' selalu menangis atau marah. Bagiku Cinta adalah virus yang paling bahaya!

Lagu agak lama dari Padi Band (Menanti Sebuah Jawaban) mungkin boleh gelojak dihati beberapa sahabat dan bidadari yang mendengarnya saat hati sudah mencintai orang lain. Hidup memang tak semudah cinta yang boleh bergerak bebas di dalam hati atau sebebas burung camar laut yang boleh terbang ke mana sahaja. Namun lamunan terhenti apabila kawan baik aku Farah Wahida meninggikan suaranya menyayi lagu Padi Band mengikut retak dan alunannya.

Aku tak bisa luluhkan hatimu

Dan aku tak bisa menyentuh cintamu

Seiring jejak kakiku bergetar

Aku tlah terpaku oleh cintamu

Menelusup hariku dengan harapan

Namun kau masih terdiam membisu



Sepenuhnya aku…ingin memelukmu

Mendekap penuh harapan…tuk mencintaimu

Setulusnya aku…akan terus menunggu

Menanti sebuah jawaban tuk memilikimu



Betapa pilunya rindu menusuk jiwaku

Semoga kau tau isi hatiku…

Dan seiring waktu yang terus berputar

Aku masih terhanyut dalam mimpiku



Aku tak bisa luluhkan hatimu

Dan aku tak bisa menyentuh cintamu


Aku yang sudah bingit dengan selamba mematikan radio. 'Nic nih saje je. Tak boleh tengok orang jiwang sikit!'. Farah mengomel rasa tidak puas hati. 'Farah tu kalau dah start jiwang memang tak kan ingat dunia'. Tambah Saniah yang disenangi dengan panggilan Sani. Hanya aku dan Farah yang memanggil sedemikian. Memang tidak dinafikan Farah boleh mengingati semua lagu 'jiwang' tidak kira 60-an atau lagu terkini. Farah disisi cebik mencuka. Aku hanya mengukir senyuman menampakkan sebaris gigi. Andai aku dapat menghafal dan mengingati semua nota seperti mana Farah boleh mengingati lirik lagu alangkah indahnya dunia belajar. 4flex dalam genggaman!

Bagi aku tiada yang terhebat daripada mereka. Sporting dan boleh memahami jiwa dan hati ini. Ku lakar potret 'SAFANIC' dan frame bersama. Ku hadiahkan kepada Sani (Sa) dan Farah (Fa) . Hanya memori menjadi peneman setia semenjak masing-masing ikut haluan arah tuju untuk maju. Kini Sani di Kuala Terengganu dan Farah di Kemaman. Aku pula yang jauh tercampak. Pandan Jaya, Kuala Lumpur! Meskipun kami jauh tetapi kecanggihan yang sedia ada sekarang memudahkan kami untuk berkongsi suka duka bersama.

Safanic,
Ketahuilah. Setitik mutiara gugur di pipi hati ku turut terluka. Hanya senyuman mu mampu mengubatinya. Aku akan selalu merinduimu. Ya Allah, aku menyayangi mereka keranaMu dan mereka 'keluarga' ku.



komen

0 pucuk surat:

 

Followers