Aku Anak Nakal

Sejak kecil aku hanya berdamping dengan budak lelaki. Tidak kira belasan atau sama umur. Aku lebih cepat mesra dengan kaum Adam berbanding kaum Hawa. Memang tidak dinafikan. Soffian atau lebih dikenali Yan memang tidak asing bagi aku untuk meluahkan rasa dan pendapat. Yan teman sekampung sejak kecil hingga kini. Tiada rahsia antara kami. Boleh diibaratkan kamus hidup aku ada di dalam tangannya.

Ketika aku berusia 7tahun, aku mula berkawan dengan budak lelaki yang umurnya lebih tua. Segelintir darinya dalam lingkungan 13-15 tahun. Setiap petang padang takraw menjadi tempat kami 'mengeram'. Ada sahaja permainan yang kami main. Bola sepak, Police and thief, lisut dan bola tin.

Walaupun mama sering marah aku bergaul dengan mereka abang aku ada di sisi menjadi 'back-up'. Abang pula dipersalah kerana terlalu manjakan aku.

Petang itu, kami bermain Police and Thief di taman permainan berdekatan padang takraw. Aku sering diejek oleh 'orang baru' yang baru menyertai kumpulan kami. Katanya aku budak kecik dan tidak mampu berlari laju untuk kejar pencuri. Aku hanya mampu mengetap bibir. Geram!

Setiap kali aku yang menjadi pencuri, aku yang dikejar terlebih dahulu. Kali ini 'Polis jadian' si budak baru. Hati aku menggurutu. Jika aku tidak sempat lari tangkapannya, aku akan panjat pokok mangga dan terjun ke bawah untuk lari daripadanya. Tetapi kali ini malang pula nasib aku.

Ketika aku dikejar, aku memberanikan diri memanjat sesutu yang lebih tinggi dari pokok mangga. Aku panjat papan gelongsor yang dibuat daripada papan kayu dan cuba terjun dari tangga yang tingginya lebih kurang 20meter. Malang tidak berbau. Aku jatuh di atas bahagian simen yang pecah. Aku mengaduh kesakitan dan masih berdiri tegak dan sambung bermain. Tiba-tiba seorang budak memanggil aku dan jarinya menunding ke arah kepala lutut aku. Tergamam aku bila melihat lutut aku basah dengan darah. Lalu aku meraung memanggil abang. Abang terus mendukung aku balik ke rumah.

Sambil mendukung abang menyuruh aku berhenti menangis. Katanya kalau aku terus menangis dan meraung nanti esok tak dapat main lagi. Lalu aku diam. Bila kaki abang masuk di kawasan pagar rumah, leteran mama 'menceroboh' di cuping telinga aku. Abang pula menjadi mangsa sebab tak boleh jaga adik. Kesian abang.

Selepas cuci luka, aku boleh nampak keputihan tulang di kepala lutut. Menahan kepedihan lebih sakit daripada kena rotan. Aku ingkar untuk berdiam diri menunggu tusukan jarum dari doktor. Aku keluar terhinjut-hinjut. Ibarat anak kambing yang diserang buaya ingin meloloskan diri. Tapi langkah ku kaku bila memandang mata tajam papa. Akhirnya aku terpaksa akur.

Malam itu, aku hanya berdamping dengan abang. Takut jika dimarah mama dan papa. Sepotong ayat sempat menyinggah di cuping telinga 'aku tak pernah lagi ada anak senakal kau'. Aku hanya mampu menunduk wajah.

Setelah lutut aku pulih dari luka, hati memberontak ingin bermain lagi setelah 2 minggu aku 'merehatkan' diri. Ketika aku curi-curi nak keluar dari 'sangkar perangkap', tiba-tiba seragahan mama dari belakang mematikan langkah aku.

Aku termenung sendirian menunggu kepulangan si abang. Muka pura-pura merajok apabila melihat kelibat abang. Mulut panjang mencebik. Mengomel sendirian . Abang hanya tersenyum. Geram !

Malam itu mama dan papa sibuk mengemas rumah. Katanya perabot baru nak sampai.
Sementara itu, abang dan kak long sibuk memindahkan perabot lama ke bilik tidur aku. Aku hanya menjadi pemerhati dan hanya pandai mengarah mereka letak di sudut-sudut yang lain. Setelah semua nya selesai, aku mula menyibok ingin mencuba perabot baru. Ku intai dari daun pintu. Kelihatan perabot baru seolah-olah bercahaya dan berjaya menarik perhatian aku untuk menyentuhnya. Tiba-tiba. PRANGGGG ! Cermin kaca pecah. Seusia aku 7tahun memang tidak patut dipersalah apabila cuba meniru aksi negara barat di mana dapat menmpung diri apabila berjalan di atas lantai berkaca. Hati mula sebak. Mama yang sibuk menyediakan makan malam berlari anak menuju ke arah aku. Muka mula pucat. Kak Long menarik aku untuk menyapu ubat. 'Kak Long, kau lah penyelamat dunia'. Getus hati.

Wajah hampa mama untuk dapat perabot 'baru' bertukar menjadi perabot 'usang' jelas ternyata. Kata Mama, sejak kecil aku memang suka pecahkan cermin. Tidak hairanlah jika semua perabot yang sedia ada tidak berkaca. Hampa!

komen

5 pucuk surat:

Anonymous

kak aneng skit sngt cerpen 2... buat pnjg lg heheh
btw good job kak aneng :)

Unknown

Memang kedengaran nakal :)

Unknown

Memang kedengaran nakal :)

Unknown

Memang kedengaran nakal :)

aneng hitchies

nak panjang lagi ? insyaAllah. Thx ya =)

 

Followers