Bakat Mula Dihidu Oleh Ayah

Ada bulan yang terang
Ada laut yang tenang
Ada hati yang ceria
Ada semangat yan bergelora.

Itulah syair syahdu dari suasana bulan dan dasar laut yang hening penuh tanda tanya dalam sebuah lukisan yang tergantung gah di dinding rumah hak milik Mr. & Mrs. Long Muda.


****

''Lukisan ini mengajak kita mengembara ke alam fantasi pelukis yang indah dan lebih daripada itu, ia juga menuntut satu renungan yang amat mendalam,'' Ujar Cikgu Nora Guru Taska Besut.

Hari itu, kami diminta membawa pelenting straw untuk menghasilkan abstrak pada kertas lukisan bersaiz A3. Hati melonjak girang. Aku bergegas pulang ke rumah. Mata liar mencari kelibat papa. 'Pa, esok Cikgu Nora suruh bawa pelenting straw banyak-banyak. Cikgu cakap nak buat lukisan'. Terkam aku dari belakang papa. Papa merangkul tubuh kecilku ke pangkuannya. Tubuh papa melekit. Baru balik dari kerja barangkali. Papa cuba menggeletek aku. Aku meronta ingin dilepaskan. Nama mama ku jerit sambil mengilai tidak tahan geli. Begitulah setiap hari bila aku pulang dari taska. Riuh serumah dengan kelantangan suara aku. Datang adik bongsu gigit tangan papa gara-gara nak 'selamatkan' aku. Sungguh indah tika ini.

Esoknya, aku membawa sebungkus pelenting straw. Kami dibekalkan 3warna (cat air)  oleh Cikgu Nora. Aku meminta warna kuning, merah dan biru. Aku cuba menggunakan 3 warna ini dan menghasilkan satu lukisan yang penuh dengan 'warna warni'. Cikgu Nora menerangkan cara untuk menghasilkannya. Menurut beliau, cuma letak beberapa titik di atas lukisan dan tiup menggunakan pelenting straw. Dengan tekun aku meniup titisan tersebut untuk membentuk satu bentuk dan warna yang menarik. Setelah siap, aku diarahkan untuk dibiarkan kering. Betapa gembiranya hati apabila lukisan aku terpilih untuk ditampal di dinding sekolah. Pulang dari taska, seperti biasa aku akan mencari papa. Kali ini aku inginkan cat air. Tetapi hampa apabila papa meluah rasa tidak puas hati dengan karenah aku yang suka menconteng perabot. Aku memberontak tidak mahu makan.

Petang itu papa mengajak aku tengok bola sepak yang dipertanding antara kampung-kampung. Bola sepak adalah hobi yang paling aku minati meskipun melukis hobi aku yang utama. Sebelum pulang ke rumah papa singgah di kedai buku. Anggapan aku papa ingin belikan aku cat air. Ternyata tidak. Papa mengeluarkan RM10 untuk membayar dua naskah buku. 'Tahun depan Acik dah nak sekolah. Kenalah beli buku biar Acik pandai macam Kak Neng'. Aku cuma berdiam diri. Tidak berani ingin meminta banyak kali.

Cikgu Nora datang datang ke rumah dan memaklumkan kepada papa dan mama bahawa beliau mencalonkan aku menyertai pertandingan mewarna peringkat zon antara taska-taska. Aku yang menyedari berita itu mencebik mulut ke arah papa. 'Kak Neng dah cakap dah. Kak Neng pandai warna papa tak nak dengar'. Senyuman sinis dilempar oleh papa.

Setelah aku dinobatkan sebagai naib juara, baru lah papa sedar akan bakat aku. Saat itu aku sering ke pusat pameran lukisan. Kata papa telaah lah ia dari hati dan bukan dari mata kasar. Pada usia aku 9 tahun, aku mula melukis landskap menggunakan water colour. Mama lah yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan cara menggunakan teknik yang betul. Setiap lukisan yang telah siap aku gantung di setiap sudut kamar aku. Aku berasakan dunia seni sudah sebati dengan diri ini.

Aku pernah meraih Juara dalam pertandingan melukis Poster Kemerdekaan yang dinjurkan di sekolah selama dua tahun berturut-turut. Aku juga pernah mewakili Daerah dalam penulisan khat sempena hari Maulidur Rasul.

Pada usia aku 12 tahun, aku sudah berjinak-jinak dalm menghasilkan lukisan potret. Potret pertama yang aku hasilkan adalah wajah milik papa. Meskipun hasil aku tidak sebagus karyawan atau pelukis termasyhur tetapi jiwa aku akan memberontak untuk membaiki kelemahan yang sedia ada. Aku akan menunjukkan semua lukisan aku kepada papa. Aku juga mula melukis karakter kartun 'Blues Untuk Aku' karya Aie yang popular pada waktu itu (1999-2001) yang sebelum itu popular dengan siri kartun Abe. Setiap helaian A4 tempat aku melepaskan 'nafsu'. Aku simpan ia di dalam fail. Kemas. Secara tidak sengaja budak kelas aku melihat semua hasil karya dan melantik aku menjadi Ketua Keceriaan Kelas pada tahun 2003 (Tingkatan1).

Sejak aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah, penglibatan aku dalam dunia seni semakin aktif. Aku mula melibatkan diri dalam penulisan khat pada kain banner (Naib Juara) dan membuat buku scrap mengikut kreativiti (Juara). Pada usia aku 17tahun, aku mula merangkul Juara 4 dari 5 kategori yang dipertandingkan iaitu Melukis Poster Hari Merdeka, Melukis Tokoh Kemerdekaan, Menghasilkan Biodata Perdana Menteri mengikut kreativiti dan Penulisan Patriotik. Berita gembira itu dikongsi bersama keluarga tersayang. Papa menghadiahkan aku satu set 'Dermographic'.

Kehadiran Ms. Rebecca Hartwell dari California ke sekolah aku selaku English Teacher Associate (ETA) menambahkan lagi minat aku terhadap seni lukis. Setiap minggu kami akan luang masa bersama. Beliau menghadiahkan aku drawing block dan water colour. Katanya, jangan sia-siakan bakat yang ada. Aku turut menghadiahkan potret kepada beliau.

Pada Tahun 2006, aku cuba 'mempertaruhkan' bakat dengan menyertai pertandingan Melukis Hari Kanak-kanak Sedunia yang diadakan di PWTC bagi wakil sekolah. Walaupun hari itu bukan hari yang baik buat aku, aku anggap ia sebagai satu cabaran dari pencabar yang lain.


<< bersambung >>



7 pucuk surat:

keri ikhwan

wah, patut ar terer . dari kecik dah menconteng. siap ada orng tolong tnjuk ajar.
setakat menconteng tanpa teknik tu mmng selalu ar.. smpai la skang menconteng dengan teknik merapu. haha

aneng hitchies

haha . kau nih keri . mcm2 !

Anonymous

I do consider all of the ideas you’ve offered on your post. They’re very convincing and will definitely work. Nonetheless, the posts are too short for starters. Could you please lengthen them a bit from subsequent time? Thanks for the post.

Anonymous

It took me time to learn all the comments, but I honestly loved the blog. It proved to be very advantageous to me and I'm positive to all of the followers here!

Anonymous

Hi just wanted to say that I like your article very much. Please keep up the good posts Thanks a ton! and Have a good day

Anonymous

As a web site owner I think the material here is really magnificent. I appreciate it for your time. You must maintain it and keep it up forever! Excellent work.

Anonymous

Where can I find the best online creative writing courses? I live in NYC so which colleges offer the best online creative writing course? If not in a college than where else?.

 

Followers