Barah Cinta

Semakin aku berkata tidak, semakin kuat ia mengiakan. 
Semakin aku ingin berjauhan, semakin dekat ia menghampiri.
Berdiam diri adalah lebih baik dari menyatakan jika ianya membawa 'barah' kepada hati. 


*  *  *  *  *


Lamunan terhenti. Kedengaran nada dering telefon bimbit aku. 'Hello, ' sapa aku lemah. Kedengaran suara garau di hujung talian. 'Sayang, jom keluar makan.' 'Ok'. Balas aku pendek. 'Abang tunggu depan gate seperti biasa ya'. Talian dimatikan.

Masing-masing diam seribu bahasa. Hanya bertemankan Linda Onn gandingan Halim Othman dari Hot.fm memenuhi ruang kereta. 'Nak makan kat mana?', suara garau itu memecah kesunyian. 'Makan kat mulut'. Seyum sinis dilemparkan. 'Abang tanya betul-betul nih sayang'. Ketawa kecil dari suara itu menyinggah di cuping telinga. Betapa aku merindui suara dan gelak tawa itu. Semuanya hak milik Mr.Poyo yang dulunya bencikan aku.

 
*  *  *  *  *



'Lambatnya habis Kursus Induksi. Menyampah gila'. Getus hati aku. Sepuluh hari diibaratkan seumur hidup jika hati tidak boleh nak enjoy. Hari ketiga kursus aku dah dengar macam-macam perihal tentang peserta termasuk aku. Apa yang paling memeranjatkan adalah apabila aku dapat tahu semua ahli kumpulan berpakat untuk bannedkan aku. Ya Allah, apa salah laku aku sehingga layanan begini aku dapat? 

'Kak Han rasa lah Neng. Budak-budak nih tak suka berkawan dengan Kak Han sebab Kak Han berkawan dengan Neng'. Mengadu. 'Sorry Kak Han. Sebab Neng, Kak Han jadi mangsa jugak'. Aku hanya mampu mengeluh. Kadang-kadang aku tak paham kenapa orang suka menilai seseorang secara luaran tanpa mengenali hati budi. Disebabkan aku hanya banyak soal dan menegur apa yang salah. Aku bukanlah mrs. Perfect. Aku hanya mampu menegur apa yang aku rasakan ada kesilapan. Apakan daya. Teguran aku tidak dapat diterima pakai oleh sesetengah manusia.

Aku hanya meniti waktu, mengira hari dan jam. Hati sudah tiada perasaan. Fikiran bercelaru. Bosan mula menikam jiwa. Lagi 2 hari. Ingin aku tinggalkan Agro Semuji Resort secepat mungkin.

'Yeayyyy! Esok balik. Tak sabarnya nak balik rumah'. Bersorak keriangan sambil lipat baju. 'Amboi adikku. Cepatnya packing baju. Dah nak balik sangat lah tu'. 'Balik lah Kak Han. Buat apa nak tengok muka Kak Han lama-lama. Terasa dah nak naik mual tau tak. Tunggu nak muntahkan je ni'. Balas aku seloroh. 'Biarlah. Orang dah tak nak tengok muka kita. Kita tak boleh nak paksa'. Kak Han mula merajok. Berdrama! Bukan lah niat aku berkata begitu. Saja memerli telinga sekeliling yang menadah. Nasib baiklah Kak Han faham akan gurauan itu.


*  *  *  *  *

Selang beberapa hari, aku menerima satu pesanan ringkas SMS dari nombor yang tidak dikenali. 

ASSALAMUALAIKUM. AWAK ANENG KE? SAYA DAPAT BERITA MACAM-MACAM PASAL AWAK SEPANJANG INDUKSI. AWAK ADA BUAT SALAH KE?

Hati mula berdebar. Fikiran tidak keruan. Tangan menggeletar. Aku mula menaip.

WAALAIKUMUSSALAM. MAAF LAH ENCIK/PUAN. SETAHU SAYA, SAYA TIDAK BERMUSUH DENGAN SESIAPA ATAU BUAT HAL YANG MELANGGAR APA-APA PERATURAN. MUNGKIN SAYA ADA BUAT SILAP SECARA SENGAJA ATAU TIDAK DILUAR KAWALAN. SAYA BERHARAP ENCIK/PUAN SELIDIK TERLEBIH DAHULU SEBELUM BUAT SEBARANG ANDAIAN. TERIMA KASIH

Aku terus buka bahagian contact dan mencari nama Kak Han. Aku terus dail. Air mata mula gugur.


*  *  *  *  *

Aku hanya menemani Kak Han bersarapan. Pertama kali aku bercakap dengan Mr.Poyo di hari Perhimpunan Pagi Bersama Pengarah di JKR WPKL.Aku hanya berlagak biasa.

'Assalamualaikum Aneng. Aneng,  boleh tak datang Balai Seni tengahari nanti?. Akak ada kat sini sampai pukul 5 petang'. Suara lembut milik Siti Al-'Ainaa di talian. 'Waalaikumussalam. Boleh kak. Kalau sampai pun lambat lah sikit ya kak. Saya pergi naik LRT je nanti'. 'OK'. Balas Kak Aina pendek. 

Tepat 12.30 tengahari aku mula bersiap untuk keluar. Kelihatan beberapa orang lelaki di bangku. Salah seorang daripada memanggil aku. 'Nak ke mana Neng?. Soal Abang Man. 'Nak hantar sijil jap kat Balai Seni. Jom lah kalau nak ikut'. Aku mendahulukan langkah. Tiba-tiba aku dapat call dari Abang Man mengatakan Mr.Poyo mahu ikut. Hati mula gelabah. Memang tidak dinafikan.

Sepanjang perjalanan kami ke sana, Mr.Poyo tidak henti-henti bertanyakan aku tentang seni. 'Banyak mulut jugak mamat nih.'. Getus hati aku. Semakin lama aku berasa semakin selesa bersamanya. Banyak hilai tawa bersama. Aku bawa Mr.Poyo masuk bahagian pameran di Balai Seni Visual Negara. Hati aku tertarik akan minat Mr.Poyo tentang seni.

Kami makan tengahari bersama di Jalan Gurney. Tidak sangka kami punya kegemaran yang sama. Masak Lemak Ikan Patin. 'Aku tak pernah tau tengok perempuan makan banyak macam ni'. 'Memang lah tak pernah tengok sebab perempuan-perempuan awak tu control makan depan lelaki'. Bidas aku. 'Aneng memang kuat makan eh?'. 'Ya'. Sibok plak mamat nih.'Aneng kan kalau bab makan cakap je kat mana sedap. Aneng akan pergi cuba rasa sendiri. Kalau area Klang, Shah Alam tahu lah. Kalau nak makan Ikan Patin kat area Sentul sedap. Mengancam!'. Jelas aku panjang lebar.

Sedang kami ralit menikmati isi-isi Patin, tiba-tiba suara gerimis terdengar miris menabuh bumi. Kami beralih ke meja yang lebih terlindung dari hujan. Mr.Poyo menolong aku mengangkat pinggan nasi aku saat aku terkial-kial mengangkat kain untuk elak dari basah. 'Nah, ambil kerusi ni. Saya dah lapkan untuk awak'. 'Errrr. Terima kasih'. Senyuman dilemparkan.


*  *  *  *  *


Satu pesanan ringkas SMS tertera di skrin Samsung Galaxy SII milik aku.
Aneng, akak dah siapkan sijil Aneng. Aneng datang lewat-lewat sikit boleh ? Aneng pergi makan dulu ke. Hehe

Ok kak. No hal =)

Aku menjenguk ke luar tingkap. Langit oh langit. Engkau cerah atau gelap hari ini?. Bisik hatiku. Entah kenapa tiba-tiba satu suara kecil datang menyapa. Kenapa kau tak ajak je Mr,Poyo temankan? Hatiku mengata tidak. Mungkin Mr.Poyo busy. Tak nak lah menyusahkan. Jari jemari ligat memilih contact number. Mata membuntang ke arah skrin. Terpapar kenalan Mr.Poyo. Perlukah aku ajak dia?



bersambung . . .

0 pucuk surat:

 

Followers