Ku Pohon Cintaku Dikunci Rapi

Syukran Ya Ilahi
Sesungguhnya kurniaan-Mu ini ibarat pelangi
Percayalah, andai aku miliki iman di hati
Dikau tidak sesekali akan aku sakiti
Sabarlah dikau buat sementara ini
Tatkala sudah tiba masanya nanti
Dikau hanya halal buat insan bernama suami

'Barang siapa yang cintakan sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya. Barang siapa yang mencintai sesuatu, makadia banyak menyebutnya, mengingatinya dan memikirkannya' (Ibnu Ata'illah-Kitab Al-Hikam)

Nah, inilah hakikat yang akan dihadapi oleh seseorang insan apabila cintakan sesuatu. Jadi, mencintai Allahlebih daripada seisi dunia yang lainnya, lebih fitrah dan cukup menjaga hati dan diri kita sebagai hamba Allah yang sangat lemah. Cintakan bunga, bungakan layu. Cintakan manusia, manusiakan mati. Maka, sebaiknya cintailah Allah sebanyak mungkin kerana Dialah yang lebih layak. Lantas, terdetik lagi di satu sudut fikiran sang makhluk yang bergelar hamba Allah' "Aku insan biasa, sedang Nabi Allah Adam juga memohon untuk dikurniakan seorang pendamping, salahkah aku untuk meminta sedemikian rupa." Cilik juga 'sang makhluk' yang berusaha untuk membisikkan bisikan nafsu itu.

'Ya Allah, andai dia adalah jodohku maka Engkau dekat-dekatkanlah kami'. Begitulah doa ku setiap kali lepas solat. Kehidupan manusia di bumi tidak ubah seperti seorang pengemis. Yang sentiasa meminta pada Ya Wahab agar menunaikan segala kehendak kita. Pertemuan tidak dirancang (kali pertama) itu cukup membuatkan hati ini berderau.

SubhanaAllah, Allah begitu menyayangi setiap ciptaanNya.Cintai Allah, dan Allah akan memelihara cinta yang tersulam indah. Sehinggalah suatu saat Allah telah mengatur yang terbaik buat diri ini.

Kami berkenalan hanya melalui biskut raya hasil air tangan aku dimana aku agihkan kepada rakan terdekat. Sungguh diluar jangkaan apabila dia menyatakan hasratnya untuk meminangku. Perkenalan selama seminggu membuatkan diri ini gugup. Istighfar.

'Ya Allah, andai Andai F**** I**** bin Ismail adalah imam terbaik buat ku dan aku adalah makmum terbaik baginya, moga Engkau eratkan hubungan kami di jalan yang Engkau redhai. Ameen.

Meskipun aku tak pernah keluar bersama, aku tetap juga dapat mengenali dia melalui ibu dan adik iparnya. Alhamdulillah cinta aku mahal, dan tidak serendah itu. Dan inilah cinta yang aku cari. Terima kasih awak ♥ Selama perkenalan kami selama sebulan, kini aku cukup yakin bahawa dialah yang aku cari. Semoga Allah permudahkan segala urusan sehingga kami menjadi Raja Sehari. Alhamdulillah. Aku bercinta selepas kahwin.


1 pucuk surat:

Anonymous

kebahagian anda saya iringi dgn harapan dan doa semoga pasangan ini diberkati dan dilimpahi rahmat/rezki dr Illahi..

Ya Allah, aku syukur dgn kebahagian sahabatku ini, dan KAU berikanlah nikmat cinta yang sejati baginya dan pasangan, sesungguhnya sahabat ini memang layak menerima segala kemanisan dan kebahagiaan, dikala butir2 mutiara berkaca dipancarkan dek hati yang hampa , dia cekal menerima segala tomahan dan dugaan, dialah insan yang hebat, cintailah dia sepenuhnya wahai pasangan hati, jgan biarkan dia terasa duka, yang mana tidak akan jumpa org seperti sahabatku ini lagi, dan jika ada sama sekalipun namun tidak akan sedikit serupa keperibadiannya..

doa2 ku dimakbulkan dlm aminku, dan solatku, dan dlm sudut kecil hatiku buat sahabat ini, aku menangis gembira melihat kebahagiaanmu, tapi aku xrela menangis meniti tali reput persahabatan dan ukhwah ini.

*semuthitam



 

Followers